fbpx

20 penuntut UPNM naik pesawat balik kampung sambut Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 20 penuntut UPNM berpeluang menaiki pesawat A 400 M dan C 130 milik TUDM untuk pulang beraya di Sabah dan Sarawak semalam.

KUALA LUMPUR – Seramai 20 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di sini berpeluang menaiki pesawat A 400 M dan C 130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk pulang beraya di Sabah dan Sarawak semalam.

Mereka dihantar ke tiga lokasi utama iaitu Kuching, Sarawak serta dua daerah di Sabah melibatkan Kota Kinabalu dan Tawau.

UPNM dalam kenyataan memaklumkan, kesemua mereka berlepas melalui Lapangan Terbang Pangkalan Udara Subang.

Tambah kenyataan itu lagi, bantuan tersebut disediakan bagi membantu mahasiswa Sabah dan Sarawak untuk pulang beraya bersama keluarga tercinta di sana.

“Kepulangan anak-anak ke kampung halaman yang jauh di Sabah dan Sarawak sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri sememangnya dinanti-nantikan oleh keluarga tercinta.

“Selain daripada melepaskan rindu setelah sekian lama berkelana menimba ilmu di gedung menara gading, para mahasiswa turut dapat meraikan hari raya bersama-sama saudara mara dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran,” katanya.

Sementara itu, pelajar Diploma Kecergasan Pertahanan, Aliea Maisarah melahirkan rasa terima kasih dan penghargaan kepada Naib Canselor UPNM, Lt Jen Datuk Hasagaya Abdullah serta pihak TUDM kerana cakna membantu para pelajar dari Sabah dan Sarawak untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.

“Semoga perjalanan balik kampung para pelajar UPNM ke Bumi Kenyalang dan Negeri Di Bawah Bayu sentiasa dilindungi dan selamat tiba,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI