fbpx

UDA sumbang zakat RM30,000 kepada anak asnaf, yatim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 50 orang anak asnaf dan anak yatim bergambar kenangan selepas membeli-belah kelengkapan hari raya di Wangsa Maju, Kuala Lumpur semalam.

PETALING JAYA – UDA Holdings Berhad (UDA) telah menyampaikan sumbangan zakat berjumlah RM30,000 kepada anak asnaf dan yatim di tiga institusi kebajikan, semalam.

Sumbangan menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) UDA Cares itu disampaikan sempena Majlis Berbuka Puasa UDA Mall Bersama Asnaf, di Malaysia Grand Bazaar, Hab Bukit Bintang City Centre, Kuala Lumpur.

Ia disalurkan kepada Pusat Jagaan Anak Yatim / Saudara Baru An-Najjah, Pertubuhan Kebajikan Asnaf An-Naafi Kuala Lumpur dan Madrasah Tahfiz Al-Quran Wassunah.

Selain itu, seramai 50 anak anak yatim dan asnaf daripada Pusat Jagaan Anak Yatim / Saudara Baru An-Najjah dan Pertubuhan Kebajikan Asnaf An-Naafi Kuala Lumpur turut diraikan pada majlis tersebut.

Mereka juga menerima RM250 setiap seorang berupa pakaian dan kelengkapan hari raya serta wang tunai.

Naib Presiden Kanan Bahagian Pelaburan dan Pengurusan Harta UDA, Mohd Nazri Jamiran, berkata, UDA komited bersama kementerian menyumbang kepada masyarakat.

Beliau dalam ucapannya mewakili Ketua Pegawai Eksekutif UDA, Datuk Seri Mohd. Salem Kailany, berharap supaya usaha itu dapat menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat bertepatan dengan konsep Malaysia Madani.

“Semoga sumbangan ini mampu mengukir senyuman serta memberi keceriaan buat mereka dalam meraikan Syawal.

“Majlis ini juga bertujuan memberi hebahkan mengenai Malaysia Grand Bazaar (MGB), sebuah kompleks beli-belah artisanal pertama di Kuala Lumpur di bawah seliaan UDA.

“MGB ini juga dijadikan sebagai salah satu platform buat para usahawan yang baru mengorak langkah dalam bidang keusahawanan,” katanya.

Sepanjang Ramadan 2023, UDA telah mengagihkan sumbangan zakat berjumlah RM205,600 kepada 15 buah pusat pertubuhan dan rumah kebajikan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI