fbpx

Suami, isteri orang mengaku bernikah di Thailand dicekup berkhalwat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai penguat kuasa PADK (kiri) menjalankan soal siasat ke atas seorang wanita dan lelaki yang ditahan dalam operasi pencegahan jenayah syariah di Merbau Pulas, Kulim, Kedah hari ini.

KULIM – Lagak sepasang kekasih yang seolah-olah pasangan suami isteri terbongkar selepas mereka dicekup berkhalwat di sebuah kedai makan di Merbau Pulas, di sini awal pagi ini.

Lelaki berusia 42 tahun dan wanita berusia 47 tahun itu ditahan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) kira-kira pukul 1.26 pagi tadi.

Pasangan terbabit yang masing-masing merupakan suami dan isteri orang ditahan di dalam sebuah bilik berkunci di dalam kedai makan itu.

Pegawai Penguat Kuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Shariffudin Mat Saad berkata, pihaknya menjalankan pemeriksaan dengan bantuan imam masjid serta penduduk di kawasan berkenaan selepas menerima maklumat awam berhubung kegiatan maksiat.

“Hasil pemeriksaan ke atas sebuah bilik di kedai makan itu menemui seorang wanita yang berstatus isteri orang  berdua-duaan dengan seorang lelaki yang sudah berkahwin.

“Lelaki terbabit yang bekerja sebagai pemandu lori dikatakan sering datang berjumpa dengan teman wanitanya itu yang bekerja di kedai makan tersebut,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, berdasarkan maklumat awal, pasangan terbabit mendakwa mereka sudah berkahwin di negara jiran dan kelakuan mereka seperti pasangan suami isteri menyebabkan orang ramai tidak mengesyaki apa-apa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI