fbpx

Produk Tune Protect mudah dikenali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jubin Mehta (kanan) bersama Pengarang Kumpulan Media Mulia, Mohamad Azlan Jaafar pada majlis pelancaran Flag-off Gerilla Mamak Cyber Bersama Tune Protect di Menara Tune, Kuala Lumpur baru-baru ini

PETALING JAYA – Gerila Mamak Cyber bersama T.P. the Thumb anjuran Tune Protect dan Media Mulia Sdn. Bhd. (Media Mulia) telah berjaya mencapai objektifnya untuk memberi pengalaman menarik mengenai produk insurans syarikat kepada pengunjung di dua lokasi bazar Ramadan sepanjang dua hari pelaksanaan program tersebut.

Lebih 2,000 pengunjung yang hadir di Bazar Ramadan Shah Alam, Seksyen 13 dan Bazar Ramadan Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) berpeluang bertemu dengan maskot popular Media Mulia iaitu Mamak Cyber, manakala maskot Tune Protect, T.P the Thumb yang menyajikan pelbagai gaya spontan yang sentiasa mencuit hati pengunjung.

Mereka berpeluang menyertai permainan yang dijalankan dengan menawarkan hadiah menarik dan dalam masa yang sama mereka dapat meningkatkan pengetahuan tentang produk Tune Protect seperti insurans perjalanan, kereta, rumah, perubatan dan banyak lagi.

Menggunakan tagline Insurans Dipermudahkan, platform tersebut telah digunakan sebaiknya oleh kakitangan kedua-dua syarikat untuk mempromosikan Tune Protect sekali gus menarik minat mereka untuk mengenali lebih dekat mengenai produk yang ditawarkan.

Komitmen dengan janji 3-3-3 yang bermakna tiga minit digunakan untuk membeli insurans, tiga jam masa menunggu untuk menerima maklum balas dan dalam masa tiga hari pelanggan akan mendapatkan bayaran tuntutan selepas diluluskan permohonan menunjukkan Tune Protect mahu memudahkan urusan para pelanggannya.

Petugas bergambar bersama maskot Mamak Cyber dan T.P. the Thumb di Bazar Ramadan Shah Alam.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tune Protect Malaysia (Tune Protect), Jubin Mehta berkata, maskot T.P the Thumb yang dicipta sejak tahun lepas menjadi simbol betapa mudahnya untuk orang ramai mengakses ke aplikasi Tune Protect yang mana ia boleh dilakukan hanya di hujung jari.

T.P the Thumb menjadi simbol bagi orang ramai mengklik dan mendapatkan pelan perlindungan daripada Tune Protect. Kami mahu semua orang, tidak kira apa sahaja latar belakang mudah mengetahui tentang tawaran pakej insurans khusus buat golongan B40 dan M40.

“Kami sangat teruja dapat bekerjasama dengan Media Mulia dan bertemu orang ramai secara menyeluruh sepanjang dua hari program ini berlangsung,” katanya kepada Kosmo! selepas majlis pelancaran flag-off Gerilla Mamak Cyber Bersama Tune Protect di Menara Tune di sini baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Jubin Mehta berkata, program ini bersesuaian diadakan pada bulan Ramadan kerana pihaknya dapat bertemu orang ramai yang berkunjung ke bazar Ramadan untuk membeli juadah berbuka puasa.

“Ramai teruja melihat T.P the Thumb dan Mamak Cyber semasa berkunjung kedua-dua lokasi bazar terbabit dengan mengambil gambar dan bertanya lanjut tentang pelan-pelan perlindungan kesihatan yang kami tawarkan.

“Justeru, kami sangat teruja dapat mengadakan kempen pengaktifan jenama bersama Media Mulia buat julung kalinya dan berharap dapat meneruskan lagi kerjasama seperti ini pada masa akan datang,” katanya.

Hari pertama program tersebut di Bazar Shah Alam menyaksikan pengunjung dihadiahkan belon serta sampul duit raya percuma selain diberi risalah mengenai pelan perlindungan kesihatan yang boleh dilanggan.

Orang ramai berpeluang mendapatkan pelbagai maklumat dan risalah termasuk menyertai permainan anjuran Tune Protect.

Turut diperkenalkan adalah insurans kereta Tune Protect yang dikenali sebagai Motor Easy yang menawarkan 10 peratus diskaun jika dibeli secara online dan sebanyak 20 peratus pulangan tunai.

Kemunculan penyanyi dan pelakon, Izzue Islam sebagai hos turut memeriahkan lagi majlis berkenaan dan hadiah istimewa telah diberikan kepada pengunjung yang berjaya memuat turun aplikasi serta melanggan Tune Protect dalam telefon pintar mereka.

Selain membeli insurans secara online, aplikasi Tune Protect juga mempunyai healthtech feature yang dinamakan PUMP untuk menggalakkan gaya hidup aktif dalam kalangan rakyat.

Lebih aktif gaya hidup seseorang maka lebih banyak ganjaran akan diterima melalui kredit e-wallet dan baucar-baucar menarik.

Pada hari kedua program, Mamak Cyber dan T.P the Thumb muncul pula di Bazar TTDI yang mana sambutan yang diterima pengunjung di situ cukup menggalakkan.

Beberapa aktiviti menarik diadakan seperti permainan roda bertuah dan para pengunjung berpeluang memenangi pen, buku nota dan pelbagai lagi.

Untuk menyertai permainan tersebut, pengunjung perlu like dan follow platform media sosial Tune Protect dan juga Media Mulia terlebih dahulu.

Di sini, orang ramai juga dapat mengetahui lebih lanjut mengenai tiga tonggak perniagaan Tune Protect yang meliputi gaya hidup, kesihatan serta perniagaan kecil dan sederhana pada harga serendah RM1 sehari.

Sementara itu, Penolong Pengurus Penjenamaan Tune Protect, Wan Hafiz Wan Ahmad berkata, sehingga kini antara produk yang paling popular dalam kalangan pelanggan adalah insurans perjalanan, insurans kereta dan insurans motosikal. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI