fbpx

PCG kembang portfolio bahan kimia khusus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dari kiri Mohd. Yusri; Pengerusi PCG, Datuk Abdul Rahim Hashim bersama Ketua Pegawai Kewangan, Mohd. Azli Ishak pada AGM PCG Ke-25 di Kuala Lumpur, semalam.

PETALING JAYA – Petronas Chemicals Group Berhad (PCG) akan terus memfokuskan kepada pengembangan portfolio bahan kimia khusus dan memacu pengukuhan inisiatif kelestarian sambil meneroka peluang pertumbuhan baharu tahun ini.

Ketua Pengarah/Ketua Pegawai Eksekutif PCG, Mohd. Yusri Mohamed Yusof berkata, kemasukan Kumpulan Perstorp dari Sweden tahun lalu menandakan kejayaan besar yang akan menawarkan lebih 130 produk baru, tujuh tapak pembuatan di seluruh dunia dan lebih 1,500 ahli baru yang menyertai keluarga PCG.

“PCG juga telah menubuhkan Bahagian Kimia Khusus baru untuk mengurus dan mengemudi perancangan strategik penting selaras dengan aspirasi jangka panjang PCG dalam jurusan ini.

“Berpandukan strategi dua serampang PCG untuk mengekalkan kekuatan dalam petrokimia asas di samping mendalami bahan kimia khusus, kami berharap dapat menerokai sumber pendapatan baru serta mengukuhkan kedudukan kami di rantau ini,” katanya dalam satu kenyataan sempena Menyuarat Agung Tahunan (AGM) PCG di Kuala Lumpur, semalam.

Tahun lalu, PCG mencatatkan jumlah pengeluaran sebanyak 10.4 juta tan setahun (tpa) dan jumlah jualan 8.3 juta tpa, di samping mengekalkan rekod prestasi cemerlangnya dalam aspek keselamatan.

PCG mengakhiri 2022 dengan rekod hasil RM29 bilion dan keuntungan selepas cukai RM6.3 bilion.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI