fbpx

Meriah lagu raya Ernie Zakri, artis Rocketfuel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ERNIE Zakri, Indah Ruhaila (kiri) dan kumpulan The Sara Sisters (tengah) antara artis Rocketfuel Entertainment yang muncul dengan lagu raya pada tahun ini.

MENYEMARAKKAN kedatangan Syawal dengan buah tangan terbaharu, penyanyi bersuara lunak Ernie Zakri menghadiahkan sebuah lagu raya berjudul Jemput Raya yang diterbitkan oleh Rocketfuel Entertainment.

Ernie juga seboleh-bolehnya mahu mengumpulkan seberapa banyak lagu raya setiap tahun dengan tema yang berbeza biarpun mengakui, perkara tersebut bukanlah mudah untuk direalisasikan.

“Pada tahun ini, saya pilih ‘feel’ yang lebih klasik dengan sentuhan moden bersulam tema ceria agar senang diingati segenap lapisan masyarakat.

“Jemput Raya, seperti judulnya membawa maksud jemputan pada Syawal. Tetamu dijemput datang beraya di rumah kita kerana beberapa tahun sebelum ini kita tidak dapat berbuat demikian kerana pandemik,” ujarnya.

BARISAN artis Rocketfuel yang mengambil bahagian dalam projek lagu Medley Raya.

Lagu tersebut mengambil masa selama dua minggu untuk disiapkan dan hanya memperuntukkan sehari bagi proses rakaman.

Berbicara lanjut, Jemput Raya bukanlah sebuah lagu raya yang terlalu tradisional kerana Ernie mahukan bunyi yang lebih kontemporari.

“Saya mahu lagu ini menggambarkan perasaan teruja tatkala tibanya hari raya. Tahun ini saya juga teruja dapat berpuasa bersama suami dan puteri sulung kami yang semakin membesar. Itulah momen manis saya sepanjang Ramadan ini.

“Harapan saya agar lagu ini dapat membuatkan pendengar berasa gembira di samping mengeratkan hubungan sesama kita,” katanya lagi.

Tahun ini juga Rocketfuel mengambil pendekatan berbeza dan cukup unik apabila memperkenalkan himpunan lagu raya terbitan label tersebut versi medley antaranya Bersyukur Seadanya, Suara Lebaran Kita, Sempurna Seadanya, Zapin Lebaran dan Raya Kita Raya.

WANI teruja menyambut lebaran bersama keluarga besar Rocketfuel Entertainment.

Menariknya, projek tersebut menghimpunkan barisan artis popular Rocketfuel antaranya Dem Lepak Boyz, MADAM, Ara Johari, The Sara Sisters, Indah Ruhaila dan Wani Kayrie.

Kongsi Wani, idea bernas projek tersebut dicetuskan Rocketfuel yang mahukan kelainan meskipun dinyanyikan artis berlainan genre.

“Amy Bong Imagi memasukkan kesemua lagu tersebut dengan transisi yang sangat lancar dan hasilnya langsung tidak janggal.

“Kami mengambil masa selama dua hari merakamkan lagu ini dengan pecahan dua kumpulan. Masing-masing menyanyikan bahagian berbeza dan dicantumkan menjadi sebuah lagu yang cukup istimewa,” katanya.

Lagu Jemput Raya dan Medley Raya boleh dimuat turun dalam iTunes serta dinikmati menerusi aplikasi penstriman seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan YouTube Music.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI