fbpx

Kompleks Petronas Sudan jadi markas RSF, 32 warga Malaysia selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zambry.

PUTRAJAYA – Pasukan separa tentera, Rapid Support Forces (RSF) sudah menjadikan Kompleks Petronas Sudan di ibu kota Khartoum yang ditawan sebagai markas induknya.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, bangunan berkenan telah diambil secara paksa dan dijadikan sebagai pejabat pasukan berkenaan.

“Berhubung situasi di kompleks itu yang diambil secara paksa oleh RSF pada petang Isnin lalu, seluruh bangunan tersebut telah dijadikan ibu pejabat pasukan berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di sini tadi.

Negara di timur benua Afrika itu bergolak semula ekoran pertempuran meletus antara tentera kebangsaan Sudan dengan RSF pada Sabtu lalu yang sudah meragut 185 nyawa.

Mengulas lebih lanjut, Zambry berkata, aras bumbung kompleks berkenaan yang terletak di Nile Avenue itu turut diubah menjadi pos pemerhatian bagi memantau pergerakan tentera kerajaan.

Menyentuh keberadaan seramai 32 warga Malaysia di sana, Zambry menyatakan bahawa kesemua mereka selamat di tujuh lokaliti berbeza termasuk di luar Khartoum. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI