fbpx

Hampir 2 juta kenderaan dijangka masuk utara sepanjang Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Hassan (kanan) menyerahkan sumbangan kuih raya kepada wakil Batalion 18 Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas menjaga keselamatan di sempadan negara Bukit Kayu Hitam, Kedah hari ini.

BUKIT KAYU HITAM – Hampir dua juta kenderaan dijangka memasuki negeri-negeri di utara Semenanjung sepanjang tempoh perayaan ini, iaitu pertambahan antara 20 hingga 30 peratus.

Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, pihaknya sudah bersedia untuk melakukan yang terbaik bagi membantu melancarkan pergerakan trafik di seluruh negeri ini.

Katanya, seramai 309 pegawai dan anggota polis bakal ditugaskan di seluruh negeri ini bagi memantau pergerakan trafik dan melaksanakan tugas diperlukan sepanjang tempoh itu.

“Mereka terdiri daripada 38 pegawai dan 182 anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), serta 89 anggota daripada lain-lain elemen dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) merangkumi semua daerah dalam kontinjen Kedah.

“Dalam usaha melakukan yang terbaik, kami telah mengehadkan cuti mereka dengan masing-masing akan bercuti secara bergilir selepas raya,” katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan sumbangan kuih raya sempena Aidilfitri kepada pegawai dan anggota di Markas Taktikal (Martak) Bukit Kayu Hitam di sini, hari ini.

Selain itu kata beliau, pihaknya turut mengenal pasti 13 kawasan hitam (black spot) atau kawasan kerap berlaku kemalangan di Kedah yang akan diberikan lebih perhatian termasuklah Jalan Sungai Petani ke Baling, Jalan Gurun ke Kepala Batas, Jalan Kuala Ketil ke Bandar Baharu dan Jalan Alor Setar menuju ke Butterworth.

Menurutnya, pihaknya juga akan membuat pemantauan menggunakan dron di lokasi-lokasi tertentu bagi memastikan peraturan jalan raya sentiasa dipatuhi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI