fbpx

Tak sabar nak ‘move on’ – Puteri Sarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Puteri Sarah mengenakan busana serba putih persis pengantin melambangkan permulaan baharu kehidupannya selepas ini. - Foto oleh MUHAMMAD IQBAL ROSLI / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Pelakon, Puteri Sarah memberitahu bahawa, dia tidak sabar untuk dilepaskan daripada perkahwinan dengan suaminya, Syamsul Yusof kerana mahu meneruskan kehidupan dengan tenang.

Memilih dengan mengenakan busana putih, pelakon berusia 38 tahun itu seolah-olah menggambarkan imejnya hari ini sebagai permulaan untuk kehidupan baharu kelak.

“Diharap Syamsul melafazkan cerai dan jika gagal, saya akan beritahu sebabnya kemudian,” kata Puteri Sarah.

Terdahulu Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin tiba di Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan di sini pada pukul 9.20 pagi.

Hari ini Mahkamah Rendah Syariah di sini akan mendengar prosiding lafaz cerai yang dijadualkan di hadapan Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas pada pukul 11 pagi ini.

Difahamkan, pasangan ini juga perlu menghadiri sesi sulh yang dijadualkan pukul 9.30 pagi sebelum ke prosiding kes cerai, dua jam kemudian.

Bagaimanapun, sehingga berita ini ditulis pihak media masih menanti ketibaan pengarah filem, Syamsul Yusof atau nama sebenarnya Mohd. Shamsul Md. Yusof, 39, di lobi mahkamah.

Dalam kes ini, Syamsul diwakili peguam syarie, Azmi Mohd. Rais sementara Datuk Akberdin Abdul Kader bagi pihak Puteri Sarah.

Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI