fbpx

Polis kesan baki pemandu kereta dilanggar lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan beberapa kereta yang dilanggar lori pasir dalam kemalangan di lampu isyarat Jalan Rawang Mutiara (berhampiran KPJ Rawang), Gombak, petang semalam.

GOMBAK – Polis masih mengesan baki pemandu kereta yang terlibat dalam kemalangan membabitkan lori melanggar lapan kenderaan di kawasan lampu isyarat Jalan Rawang Mutiara (berhampiran KPJ Rawang), di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, pihaknya terima maklumat kejadian tersebut pada pukul 3.40 petang.

Katanya, kesemua kenderaan berhenti di lorong kanan semasa kejadian berlaku ekoran lampu isyarat merah.

“Sebuah lori yang berada di hadapan sekali telah mengundur ke belakang secara tiba-tiba menyebabkannya melanggar beberapa buah kenderaan yang berada di belakang.

“Kemalangan ini disyaki berpunca daripada kegagalan sistem brek lori yang gagal berfungsi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Zainal, kemalangan tersebut melibatkan kira-kira lapan kereta dan sebuah lori.

Tambah beliau, usaha mengesan kenderaan yang terlibat masih dijalankan dan tiada kemalangan jiwa atau kecederaan parah dilaporkan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai mempunyai maklumat mengenai kemalangan ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohamad Suhaimi Tukiman di talian 013-7557556 atau 03-61262222,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI