fbpx

Michelle Yeoh terbuka berlakon filem, produksi tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MICHELLE terbuka untuk berlakon dengan produksi tempatan namun menginginkan karya bersifat luar kotak. - MOHD. FIRDAUS MOHD. JOHARI

KUALA LUMPUR – Seniwati negara, Tan Sri Michelle Yeoh terbuka untuk bekerja dengan mana-mana produksi tempatan asalkan mereka mempunyai keinginan untuk berjaya.

Michelle, 61, percaya bahawa orang Malaysia mempunyai banyak bakat yang perlu didendangkan kepada dunia namun untuk itu terjadi, mereka perlu diberikan peluang seluas-luasnya.

“Kita perlu berani dan bersemangat. Percaya pada diri bahawa kita semua boleh lakukannya.

“Banyak masa kita lebih suka duduk dalam zon selesa dan berfikiran, buat filem untuk pasaran kita sahaja.

“Pada saya, bila buat filem perlu pergi ke peringkat global. Tak perlu dibuat untuk ini dan untuk itu. Kemudian, barulah kita boleh bercakap tentang ‘bahasa’ global.

“Saya yakin ramai pembikin filem hebat di negara ini. Pertama sekali, kita kena cari peluang dan platform untuk menunjukkan bakat kita semua.

“Saya memang nak bekerja dengan pengarah seni atau studio di negara ini. Mereka yang mampu buat perubahan dan juga, mereka yang boleh bergerak ke hadapan,” ujarnya ketika ditemui media pada sidang akhbar di ibu negara, sebentar tadi.

Sekadar info, Michelle memulakan langkah dalam bidang hiburan apabila memenangi pertandingan ratu cantik, Miss Malaysia World pada 1983 sebelum membawa diri ke luar negara demi mengejar impian sebagai bintang antarabangsa.

Mac lalu, anak kelahiran Ipoh, Perak itu mencatat sejarah luar biasa apabila menjadi anak Malaysia pertama merangkul trofi berprestij dunia, Academy Awards ke-95.

Michelle menang trofi Pelakon Wanita Terbaik menerusi lakonan sebagai Evelyn Wang dalam filem fenomena, Everything Everywhere All at Once. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI