fbpx

Doa mentua iringi Puteri Sarah, mohon ampunkan dosa peruntuh masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PATIMAH mendoakan menantunya Puteri Sarah diberikan kekuatan dan hikmah kebaikan atas segala ujian yang dilalui.

PETALING JAYA – “Ampunkan dosa mereka yang runtuhkan masjid (rumah tangga) Puteri Sarah Liyana.”

Demikian doa yang dititipkan isteri kepada pengarah tersohor Datuk Yusof Haslam iaitu Datin Patimah Ismail buat menantunya, Puteri Sarah yang melalui prosiding lafaz cerai di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur hari ini.

Patimah dalam perkongsian sama turut berharap Tuhan memberikan hal-hal yang terbaik buat Puteri Sarah.

“Ya Allah SWT, takdirkanlah yang terbaik buat Puteri Sarah. Kau Maha Mengetahui,” katanya ringkas dalam InstaStory hari ini.

Sementara itu, menerusi perkongsian berlainan, Patimah turut mwmberitahu anak kedua Puteri Sarah dan Syamsul iaitu Sumayyah masih belum memahami kemelut yang berlaku antara kedua ibu bapanya ketika ini.

TANGKAP layar perkongsian Patimah dalam Instagram.

“Sumayyah tidak memahami mengapa ayah tidak tinggal bersama mamanya.

“Sementara, Syaikhul sudah terbiasa hidup bersama mama tanpa ayahnya,” katanya lagi.

Hari ini, Puteri Sarah dan Syamsul hadir ke mahkamah bagi menjalani proses sulh terlebih dahulu sebelum prosiding lafaz cerai dan kemudian disusuli hadanah.

Terdahulu, Puteri Sarah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 pada 16 Januari lalu.

Dia nekad memfailkan tuntutan cerai selepas krisis rumah tangga sejak empat tahun lalu tidak menemui jalan terbaik, selain enggan bermadu selepas Syamsul mengesahkan sudah menikahi Ira Kazar sebagai isteri kedua di Thailand pada awal tahun ini.

Pada 21 Mac lalu, Syamsul turut memfailkan tuntutan nusyuz terhadap Puteri Sarah dengan alasan isteri pertamanya itu masih menghubungi bekas kekasihnya yang berstatus suami orang.

Alasan lain dikemukakan Syamsul termasuk meninggalkan rumah kelamin sejak Oktober 2020, enggan mematuhi notis nusyuz dan memfitnahnya memukul serta tidak memberi nafkah.

Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6, serta Sumayyah, 4. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI