fbpx

Paras air empangan, sungai stabil di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Izham ketika merasmikan penutupan bengkel tersebut di Double Tree By Hilton Shah Alam. Foto oleh AFIQ RAZALI/ KOSMO!

SHAH ALAM – Paras air empangan dan sungai di Selangor masih berada dalam keadaan terkawal walaupun negara kini mengalami musim panas ketika ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor, Ir. Izham Hashim berkata, pihaknya tidak mendapat sebarang laporan berhubung penyusutan air di mana-mana empangan ketika ini dengan jumlah hujan yang diterima setakat ini adalah mencukupi.

“Setakat ini paras empangan, simpanan air di luar sungai kita masih penuh selain sungai juga masih terurus, tiada isu (bekalan air) di Selangor),

“Jadi, orang ramai tidak perlu bimbang mengenai bekalan air di Selangor di sebalik musim panas yang melanda ketika ini,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Terdahulu, beliau merasmikan penutupan Bengkel Kajian Semula Pelan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM) Lembangan Sungai Klang di Double Tree By Hilton, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad sebelum ini memaklum semua negeri di Malaysia dijangka mengalami cuaca panas berpanjangan sehingga Ogos susulan musim peralihan monsun.

Kata Izham, orang ramai bagaimanapun dinasihatkan untuk berjimat cermat dalam penggunaan air memandangkan rakyat Selangor menggunakan jumlah air yang lebih tinggi.

“Untuk makluman, penggunaan air bagi seorang individu di Selangor untuk sehari adalah 220 liter, berbanding penggunaan air di peringkat nasional iaitu 200 liter.

“Kita akan membuat pengawasan yang lebih ketat untuk memastikan tidak ada pihak yang mencemarkan sungai sepanjang musim Aidilfitri ini,” tegasnya.

Mengulas mengenai bengkel tersebut, Izham menjelaskan ia melibatkan kajian pengurusan sumber air dalam apa jua keadaan banjir, kemarau dan isu pencemaran di tiga lembangan sungai iaitu Sungai Selangor, Sungai Langat dan Sungai Klang.

“Ini menekankan kepada empat polisi utama iaitu kecukupan air, tahap kebersihan air, pengawalan atau penjagaan dalam aspek banjir serta kelestarian,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI