fbpx

Mierul Aiman kena tegur sedut vape di tempat awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TINDAKAN Mierul Aiman menyedut vape di tempat awam dikritik.

KETIKA nama pelakon baharu, Mierul Aiman sedang berada di puncak, muncul pula video tular dia sedang menghisap rokok elektronik atau vape ketika menghadiri sebuah acara baru-baru ini.

Gelagat Mierul rupa-rupanya tidak disenangi oleh segelintir individu yang menyifatkan dia tidak menjaga kelakuan di hadapan khalayak apatah lagi di kawasan awam.

Malah, banyak juga teguran terbuka dan kecaman diterima Mierul dalam media sosial sejak video tersebut tular.

“Hai Mierul, kalau awak sedang hadiri sebuah acara di hadapan orang ramai, tolong elak merokok atau menghisap vape.

“Awak adalah seorang artis, bukannya pempengaruh TikTok dan ada imej yang harus dijaga,” kata netizen.

Betul juga apa yang diperkatakan netizen, kadang-kadang ada artis memang terlepas pandang hal tersebut.

Harap perkara sebegini tidak berulang lagi ya sebab tak mahulah beri contoh negatif kepada peminat yang rata-ratanya golongan muda.

DIVA: Harap perancangan Shila dan Ubai untuk mendirikan rumah tangga dipermudahkan. Mesti ramai tak sabar kan?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI