fbpx

[VIDEO] Pencuri tutup muka pakai payung, elak terakam CCTV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman CCTV pencuri berkenaan menutup muka menggunakan payung.

PETALING JAYA – Seorang wanita berkongsi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) mengenai seorang kanak-kanak lelaki yang mencuri barang di rumahnya di sebuah pangsapuri di Selangor.

“Makin teruk perangai budak flat ni,” katanya menerusi ruangan kapsyen.

Menerusi rakaman CCTV yang dikongsi Erin memaparkan seorang kanak-kanak menaiki tangga ke rumahnya sambil menutup keseluruhan mukanya dengan payung.

Kanak-kanak tersebut dilihat mengambil barang yang di dalam beg hijau yang disediakan Erin untuk penghantar barang meletak barangnya.

“Budak yang naik pakai payung ni mencuri ye! Beg hijau dekat depan rumah tu selalunya kalau ada barang sampai ‘rider’ akan letak barang dekat situ,” katanya.

Dakwa Erin lagi, ini bukan kali pertama kanak-kanak tersebut membuat onar di rumahnya. Sebelum ini, kanak-kanak tersebut telah mencuri pemukul lalat dan kencing di dalam beg hijau tersebut.

“Sebelum ini dia ada curi barang (pemukul nyamuk). Selepas itu, dia boleh kencing eh dalam beg hijau tu bagi pakej air kencing dia lepas mencuri. Aku tak tahu anak siapa ni,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mencela perbuatan kanak-kanak tersebut dan mencadangkan pemilik rumah membuat laporan polis.

“Buat laporan polis bagi dia serik sikit. Kalau kita sendiri pergi cari nanti mungkin dia tak mahu mengaku atau family dia bela,” kata Azlan Akhbar.

“Ini kalau tak kasi dia ‘feel’ kena tangkap polis, duduk dalam lokap sekejap, sampai ke tua buat perangai nanti. Kena lapor polis kak benda ni,” ujar His Buttercup.

Perkongsian tersebut tular sehingga memperoleh lebih 300,000 tontonan dan 4,753 tanda suka. – KOSMO! ONLINE

@er1naaa.__ bulan2 puasa pon masih buat keje , panjang betul tangn ko ye budak #pencuri #serikembangan #tamanlestariperdana #budakflat #mencuri ♬ bunyi asal – erin

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI