fbpx

Nad Zainal minta Nurul Izzah kongsi nasihat hadap kecaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NURUL Izzah berkongsi tips berguna kepada Nad Zainal dalam mendepani kecaman netizen.

PETALING JAYA – Pelakon Nad Zainal mencuri perhatian ramai apabila meminta nasihat ahli politik terkenal, Nurul Izzah berkaitan cara menghadapi sebarang kecaman netizen ketika ini.

Tidak lokek berkongsi pandangan, anak kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu berkata, setiap individu perlu mempunyai sikap empati bagi memahami situasi orang lain.

“Kita semua akan alami kekecewaan, mungkin kecaman. Pertama, ambil sikap berempati dan jangan mudah lemparkan serangan.

“Kita juga harus memahami ada ruang yang boleh diguna pakai untuk melindungi diri kita terutama apabila terdapat individu melemparkan kecaman dengan cara yang boleh diterima,” katanya.

Tambah Nurul Izzah, menjaga kesihatan mental juga perlu dititikberatkan setiap kali berdepan serangan dalam media sosial.

Bahkan, dia juga berpesan agar mengutip setiap momen-momen indah yang berlaku dalam kehidupan berbanding memori duka.

“Pertama ialah sayang, lindungi diri, menjaga keadaan dan kesihatan mental sendiri.

“Walaupun kita bermuhasabah, tidak bermaksud sesiapa sahaja boleh lemparkan kata-kata kesat. Ini peringatan pada akhir Ramadan, jaga kesihatan mental.

“Untuk mereka yang dikecam dan mengecam, letaklah satu jarak untuk melindungi diri. Padam (komen negatif) sahajalah jika perlu.

“Sehari ada 24 jam sahaja dan pilihlah memori dan ingatan yang indah,” katanya lagi.

Sementara itu, segelintir netizen turut menyarankan agar Nad atau nama penuhnya Farah Nadia Zainal Abidin lebih mesra setiap kali bertemu peminat.

“Nad kena terima kecaman, biasalah artis.

“Nad perlu rajin senyum bila jumpa peminat. Tak tegur pun tidak mengapa asalkan beri senyuman,” komen netizen.

Sebelum ini, Nad menerima kecaman hebat dan dilabel sebagai selebriti sombong kerana didakwa melemparkan senyuman kelat kepada orang awam ketika hadir ke sebuah festival baru-baru ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI