fbpx

Isteri Achraf Hakimi gagal tuntut harta kerana semua milik ibu suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail menunjukkan Achraf Hakimi dan Hiba Abouk. - Foto AFP

PARIS – Dunia pemain bola sepak terkenal, Achraf Hakimi digemparkan apabila isterinya, Hiba Abouk yang merupakan aktres Sepanyol, memfailkan perceraian dan menuntut separuh daripada hartanya, menurut beberapa laporan media.

Portal Siasat.com yang memetik berita tersebut semalam melaporkan, mahkamah memaklumkan kepada Hiba bahawa suaminya itu secara sah tidak memiliki apa-apa kerana semua asetnya didaftarkan di bawah nama ibunya.

Achraf iaitu pemain antarabangsa Maghribi dan kelab bola sepak Perancis, PSG menerima €1 juta (RM4.89 juta) setiap bulan tetapi 80 peratus jumlah itu dimasukkan ke dalam akaun ibunya yang dikenali dengan nama Fatima. 

Bintang bola sepak berusia 24 tahun itu nampaknya tidak mempunyai harta, kereta, rumah, barang kemas malah pakaiannya juga didaftarkan atas nama ibunya.

Pasangan itu mula menjalin hubungan pada 2018 ketika Achraf baru berusia 19 tahun dan Hiba berumur 31 tahun. 

Ketika mereka menuju ke arah perpisahan, Hiba yang kini berusia 36 tahun menjangkakan akan menerima bahagian yang sama daripada kekayaan Achrah bernilai €70 juta (RM342.14 juta).

Bagaimanapun, dokumen mendedahkan bahawa semua aset itu didaftarkan di bawah nama ibunya menyebabkan Hiba tidak mempunyai tuntutan undang-undang terhadap semua aset itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI