fbpx

SPRM bebas siasat kes pegawai kanan Sivakumar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEBERANG PERAI – Suruhanjaya Pencegahan Rakyat Malaysia (SPRM) bebas untuk menyiasat sepenuhnya kes rasuah membabitkan pegawai kanan kepada Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan SPRM itu adalah selari dengan arahan beliau sebelum ini supaya badan berkuasa berkenaan bertindak sekiranya ada asas terhadap mana-mana pihak mahupun individu.

Bagaimanapun, beliau meminta semua pihak supaya tidak membuat penilaian sendiri berhubung siasatan SPRM terhadap pegawai kanan menteri berkenaan.

“Jangan kita mendahului dari segi menjangkakan apa-apa yang lain, kerana saya tidak ada apa-apa maklumat selain daripada dimaklumkan tentang penahanan, kalau tidak silap, tiga pegawai di kementerian berkenaan,” katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.

Difahamkan setakat ini, seramai dua individu yang juga pegawai kanan Sivakumar ditahan SPRM berhubung siasatan kes itu sejak semalam.

Terdahulu, media melaporkan, pegawai tugas-tugas khas menteri ditahan dipercayai berkaitan isu pengambilan pekerja asing. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI