fbpx

Polis buru penceroboh kubur Iban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara kubur di tanah perkuburan Iban, Pulau Keladi di Sibu yang diceroboh oleh individu tidak bertanggungjawab.

SIBU: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu sedang mengesan individu yang melakukan pencerobohan ke atas tanah perkuburan Iban, Pulau Keladi, di sini.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata sejak kejadian dilaporkan pada 7 April lalu, sehingga kini pihak polis masih giat menjalankan risikan bagi mengesan individu yang terlibat.

“Polis menyeru agar mana-mana orang yang mempunyai maklumat mengenai kejadian agar terus menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Mohd Fairrul Noor Azlan di talian 017-3315589,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Zulkipli, pada pukul 9.30 pagi 7 April lalu, Balai Polis Lanang, di sini, telah menerima laporan dari Tuai Rumah Tanjung Latap memaklumkan tanah perkuburan Pulau Keladi telah diceroboh.

Susulan itu, katanya pasukan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu telah ke lokasi kejadian dan mendapati sebanyak 28 kubur telah diceroboh manakala kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 297 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI