fbpx

Lebih RM20 juta laksana CSR Anih Berhad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RADZIMAH Mohd Radzi (belakang, lapan dari kanan) dan Timbalan Pengerusi Eksekutif Anih Berhad, Nik Firdaus Nik Hussain (belakang sembilan dari kanan) bersama anak-anak yatim dan pelajar tahfiz pada Majlis Iftar Semarak Kasih bersama Anih Berhad di Hentian Sebelah Bentong di Bentong, hari ini.

BENTONG – Pengendali Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT1), Anih Berhad bertindak proaktif apabila menyumbangkan lebih RM20 juta bagi melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Pengurus Besar Kanan Anih Berhad, Radzimah Mohd Radzi berkata, sumbangan berterusan sejak 2016 itu melibatkan purata peruntukan kira-kira RM2.5 juta setahun.

“Inisiatif CSR ini melibatkan sama ada dari segi sumbangan kewangan atau meningkatkan penglibatan secara terus ahli komuniti jajaran dalam aktiviti perniagaan di kawasan Rehat dan Rawat dan hentian sebelah sepanjang lebuh raya KLK dan LPT1.

“Inisiatif ini bertujuan meningkatkan taraf sosio ekonomi masyarakat yang tinggal di sekitar Lebuh raya,”katanya ketika berucap pada Majlis Iftar Semarak Kasih bersama Anih Berhad di Hentian Sebelah Bentong, di sini, hari ini.

Pada majlis itu Anih Berhad turut menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim, asnaf dan pelajar tahfiz.

Sempena majlis itu Anih Berhad turut mengagihkan sumbangan zakat berjumlah RM15,000 kepada Yayasan Tahfiz Darul Furqan, Badan Amal Darul Mustafa dan Badam Amal Nur Zaharah.

Tambahnya sumbangan Anih Berhad telah memberi impak positif kepada komuniti kawasan sekitar sekali gus mengukuhkan kedudukan syarikat sebagai sebuah organisasi korporat yang prihatin atas tanggungjawab sosial. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI