fbpx

Liga Europa: Pergaduhan cemari persiapan Juventus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PAREDES (kiri) dilaporkan sekali lagi bertelagah dengan Allegri ketika sesi latihan Juventus sekali gus merencatkan sedikit persiapan pasukan itu. – AFP

TURIN – Juventus berdepan situasi sukar menjelang aksi suku akhir pertama Liga Europa menentang Sporting Lisbon di Stadium Allianz awal pagi esok selepas pemain tengah, Leandro Paredes bertelagah dengan jurulatih, Massimiliano Allegri.

Pemain antarabangsa Argentina itu menyertai skuad The Old Lady secara pinjaman dari Paris Saint-Germain (PSG) pada saingan musim ini selain memiliki rekod cukup baik dalam Serie A ketika bersama AS Roma.

Bagaimanapun, Paredes mungkin tidak kekal lama di Juventus dan dijangka kembali ke pangkuan PSG pada musim panas nanti selepas mula bosan dengan peranan memanaskan bangku simpanan.

Kesabaran Paredes berada di tahap kemuncak apabila dia digugurkan daripada skuad ketika Juventus sedang melakukan persiapan bagi menghadapi aksi Serie A menentang Inter Milan awal bulan ini sehingga menyebabkan dia mengambil keputusan mempersoalkan tindakan Allegri.

Kelmarin, kem Juventus sekali lagi kecoh apabila Paredes dan Allegri bertegang urat ketika mereka sedang melakukan latihan terbuka menjelang pertemuan dengan Sporting sehingga terpaksa dileraikan pemain-pemain lain.

Selain itu, Paredes juga tidak menyertai sesi makan tengah hari bersama rakan sepasukan sehingga mengganggu fokus pasukan dan ia dijangka memberi kesan terhadap perlawanan awal pagi esok.

Difahamkan, insiden tersebut mungkin mempengaruhi hasrat Juventus untuk mendapatkan pemain berusia 29 tahun itu secara perpindahan tetap, sekali gus menyaksikan dia kembali ke PSG. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI