fbpx

Dj Lin kini bertudung, hati lebih tenang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DJ LIN tampil berhijab sepenuhnya selepas pulang daripada mengerjakan umrah baru-baru ini.

PETALING JAYA – Penyampai radio Suria FM Dj Lin mengakui hatinya lebih tenang selepas tampil dengan imej berhijab sejak pulang daripada menunaikan ibadah umrah baru-baru ini.

Menurut DJ Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abdul Majid, 48, selain umrah, kehilangan ahli keluarga tercinta juga antara asbab yang menguatkan lagi keputusannya untuk bertudung sepenuhnya.

“Saya rasa apa yang terjadi dalam kehidupan saya, terutamanya selepas mak saya meninggal dunia pada Jun tahun lalu dan pemergian abang kandung saya baru-baru ini memang benar-benar membuatkan jiwa saya tersentak.

“Umur saya pun semakn meningkat dan sudah mencecah 48 tahun. Jadi saya rasa mungkin kali ini Allah SWT nak berikan kesedaran agar berubah demi kebaikan,” katanya kepada Kosmo! Online selepas majlis tayangan filem pendek raya Suria FM, Akhir Raya di sini semalam.

Sementara itu, dirinya semakin selesa memakai hijab sepanjang mengerjakan ibadah umrah pada 23 Mac lalu sehingga membuka hati untuk meneruskan dengan penampilan sebegitu.

“Sebenarnya sudah beberapa kali terfikir untuk menutup aurat sepenuhnya, tetapi entah mengapa lambat untuk saya buat keputusan ini.

“Mungkin Allah beri petunjuk, sepanjang di Mekah saya sangat selepas bertudung labuh. Tidak terasa panas walau meskipun ketika itu Tanah Suci dibanjiri jutaan jemaah dari seluruh dunia.

“Alhamdulillah, Tuhan permudahkan malah anak-anak pun sangat suka dengan penampilan terbaharu ini, apatah lagi mereka memang sudah lama mendoakan saya untuk berhijab,” ujarnya.

Terdahulu, selepas melalui episod duka kehilangan ibu tersayang, Puteh Jantan, pada tahun lalu, Dj Lin sekali lagi menerima berita sedih apabila abangnya, Mohd Yusof Abd Majid menghembuskan nafas terakhir ketika dia berada di tanah suci bagi menunaikan umrah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI