fbpx

12 kawasan catat suhu panas antara 35 hingga 37 darjah Celcius petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peta menunjukkan kawasan panas yang dikesan sekitar Semenanjung Malaysia petang ini.

PETALING JAYA – Sebanyak 12 kawasan di Semenanjung Malaysia mencatatkan cuaca panas tahap 1 (berjaga-jaga) sehingga pukul 4.15 petang tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, antara kawasan yang terlibat adalah Perlis, Sik, Hulu Perak, Jeli, Kuala Krai, Kinta, Batang Padang, Lipis, Jerantut, Bentong, Raub dan Jempol.

Selain itu kata MetMalaysia, semua kawasan di Sabah dan Sarawak dalam pemantauan.

Jelasnya, bagi cuaca panas tahap 1 ini suhu maksimum harian adalah antara 35-37 darjah Celcius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, boleh rujuk kepada https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI