fbpx

Nekbat dan baulu dijual murah, tapi masih tak laku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khatijah menunjukkan baulu yang baru siap dibakar panas-panas di rumahnya di Kampung Olong, Binjai, Kemaman semalam.

KEMAMAN – Bulan Ramadan kali ini suram buat seorang pengusaha nekbat dan baulu di daerah ini apabila jualan kuih tradisionalnya merosot sehingga lima kali ganda.

Khatijah Ibrahim, 66, berkata, dia hanya mampu menjual antara 100 hingga 500 biji kuih nekbat sehari di gerainya Pasar Borong Kampung Dusun Nyor di sini sejak awal Ramadan lalu.

“Berbanding tahun-tahun sebelum ini, kuih nekbat buatan saya mampu terjual sehingga 5,000 biji sehari.

“Tempahan baulu juga merosot dengan hanya 1,000 biji ditempah pelanggan setakat ini walaupun sambutan Hari Raya Aidilfitri tinggal kira-kira 10 hari lagi,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Olong, Binjai di sini semalam.

Nekbat merupakan kuih tradisional Pantai Timur yang dimakan bersama sira gula untuk berbuka puasa dan moreh.

Khatijah memberitahu, dia masih mengekalkan harga kuih nekbat dan baulu 30 sen sebiji sejak 20 tahun lalu.

Ibu kepada lima anak dan lapan cucu percaya sambutan dingin pada tahun ini berkemungkinan disebabkan situasi ekonomi semasa.

“Mungkin ramai berjimat-cermat setelah banyak ­perbelanjaan dikeluarkan untuk persekolahan anak dan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Biasa tidak macam ini sebab kuih nekbat kegemaran rakyat Terengganu dan hanya boleh dijumpai pada bulan puasa,” katanya.

Khatijah berkata, dia terpaksa meletakkan kuih nekbat dan baulu di beberapa kedai kenalannya di sekitar bandar Chukai di sini bagi meningkatkan jualan harian pada bulan Ramadan ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI