fbpx

Tambahan 4,000 kenderaan di Padang Besar sempena Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Shokri (tengah) bersama Izizam (enam dari kanan) dan pegawai kanan polis selepas majlis berbuka puasa di IPD Padang Besar, semalam.

PADANG BESAR – Polis menjangkakan pertambahan antara 3,000 hingga 4,000 kenderaan di Padang Besar sempena musim perayaan Aidilfitri ini.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd. Shokri Abdullah berkata, pertambahan kenderaan dijangka berlaku kerana Aidilfitri juga disambut pada musim cuti sekolah.

“Keadaan dijangka sama seperti musim perayaan Tahun Baharu Cina seperti sebelum ini yang turut disambut pada musim cuti sekolah,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Berbuka Puasa Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Besar bersama Ahli Dewan Undangan Negeri Titi Tinggi, Izizam Ibrahim di sini semalam.

Mohd. Shokri turut mengingatkan orang ramai memaklumkan kepada balai polis terdekat sekiranya ingin pulang bercuti dalam tempoh yang panjang.

Katanya, ia bagi membolehkan polis melawat rumah yang tidak berpenghuni dalam usaha mengekang kejadian jenayah.

“Padang Besar tidak mempunyai lokasi panas yang mana kejadian jenayah berlaku secara berselerak dan pelaku jenayah hanya menunggu peluang atas kecuaian mangsa.

“Dalam beberapa bulan sepanjang tahun ini, kejadian jenayah yang dilaporkan melibatkan kecurian motosikal dan pecah masuk premis kosong yang ditinggalkan dalam tempoh lama,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI