fbpx

Cuaca cerah seluruh negara pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan cuaca baik dan cerah di seluruh negeri-negeri Semenanjung Malaysia pada pagi ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, tiada hujan direkodkan di semua negeri-negeri Semenanjung termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Dalam masa sama, cuaca cerah pada pagi ini turut dilaporkan di Sarawak serta tiada hujan diramalkan di daerah-daerah negeri tersebut.

“Di Sabah pula, hujan hanya melibatkan satu dua tempat iaitu di Pedalaman, Sandakan, Kudat selain Wilayah Persekutuan Labuan. Bagaimanapun tiada hujan diramalkan di Pantai Barat dan Tawau,” kata kenyataan tersebut, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI