fbpx

Bebas tuduhan rogol, Da’i Syed kongsi momen menangis dalam lokap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DA'I Syed mencuri perhatian dengan perkongsian video satu panggilan telefom bersama ibunya semasa dalam tahanan lebih tiga tahun lalu.

PETALING JAYA – Tiga tahun berjuang turun naik mahkamah, Da’i Syed akhirnya menarik nafas lega apabila  dibebaskan daripada pertuduhan jenayah seksual yang meletakkan dirinya di titik terendah dalam kehidupan.

Katanya, selepas melalui pelbagai onak duri, usaha membersihkan nama dan maruah diri serta keluarga termakbul apabila Mahkamah Sesyen Shah Alam semalam memutuskan dirinya tidak  bersalah atas semua pertuduhan jenayah seksual terhadap seorang penganggur wanita.

“Alhamdulillah Ya Allah. Setelah tiga tahun saya berjuang membersihkan nama, maruah dan keluarga saya, hari ini (semalam) tepat 19 Ramadan, saya dilepaskan dan dibebaskan dari pertuduhan di Mahkamah Sesyen Shah Alam,” katanya menerusi perkongsian dalam Instagram.

Pendakwah selebriti itu turut berkongsi sebuah klip lama yang memaparkan panggilan video dengan ibunya sambil menangis teresak-esak ketika berada dalam tahanan pihak berkuasa.

“Saya kongsikan momen titik terendah saya ketika dalam tahanan dan panggilan video bersama mama.

“Benarlah air hujan yang jernih turun dari awan yang gelap,” luahnya pada perkongsian yang memaparkan dirinya dalam keadaan tidak terurus dengan bercucuran air mata jatuh ke pipi.

Semalam Mahkamah Sesyen Shah Alam melepas dan membebaskan Da’i Syed atau Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, 28, daripada tuduhan merogol seorang wanita, hampir empat tahun lalu.

Pada 10 Disember 2020, dia mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap wanita berusia 22 tahun (ketika itu) dan menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa sama dengan maksud untuk mencabul kehormatannya di rumah sewa tertuduh di Damansara Perdana, antara pukul 3 hingga 4 pagi, 17 Oktober 2020.

Personaliti dikenali ramai itu didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Dalam perbicaraan tersebut, Syed diwakili peguam, Syed Amirul Syed Edros manakala seramai 18 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan bermula April tahun lalu.

Pada 31 Mei tahun lepas, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya turut melepas dan membebaskan Syed daripada dua pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii dan mencabul seorang penuntut sebuah kolej swasta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI