fbpx

Azlan Man akan didakwa lagi pertuduhan ubah wang haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azlan Man

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man yang sebelum ini didakwa atas lima pertuduhan membuat tuntutan palsu akan dituduh sekali lagi di Mahkamah Sesyen di sini berhubung kes pengubahan wang haram (AMLA) esok.

Azlan, 65, dijangka dituduh berdasarkan jemputan liputan media yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Selain ahli politik itu, seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif, sebuah institut automotif turut dibawa ke mahkamah untuk pertuduhan kes berasingan.

“Dimaklumkan, SPRM telah mendapat izin mendakwa dua individu bagi kes berasingan pada ketetapan pada jam 9 pagi, 12 April.

“Sehubungan itu, wartawan dan jurugambar dijemput untuk membuat liputan pertuduhan ini,” kata kenyataan berkenaan.

Semalam Azlan didakwa di Mahkamah Sesyen Kangar di Perlis atas lima pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu membabitkan kemudahan cuti seberang laut berjumlah lebih RM1.185 juta.

Azlan bagaimana mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Norsalha Hamzah.

Mengikut pertuduhan, Azlan selaku Menteri Besar Perlis didakwa telah mengemukakan tuntutan palsu membabitkan butiran matan dengan niat bagi mengelirukan kos tiket penerbangan, hotel penginapan dan pengangkutan ke London.

Azlan didakwa menuntut kemudahan cuti seberang laut yang layak diberikan kepadanya bagi tempoh bermula 2013 sehingga 2017 sedangkan tidak ada sebarang perjalanan tersebut oleh beliau.

Tertuduh berniat memperdayakan prinsipalnya membabitkan sebut harga tiket penerbangan ke Landon dan invois syarikat pelancongan Sri Kedawang Travel & Tours (W) Sdn. Bhd serta Aidil Travel & Tours Sdn Bhd.

Kesalahan tersebut dilakukan di Pejabat Setiausaha Kerjaaan Negeri Perlis, Kompleks Dewan Undangan Negeri, Persiaran Wawasan, antara 11 Disember 2013 sehingga 14 Disember 2017.

Pendakwaan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali tuntutan palsu atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI