fbpx

Lelaki patah tangan, Myvi hampir hancur kemalangan dengan lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Perodua Myvi yang hampir hancur dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menghala ke Terminal Bersepadu Selatan, tengah hari tadi.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki patah tangan kiri apabila keretanya hampir hancur dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menghala ke Terminal Bersepadu Selatan, tengah hari tadi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.32 tengah hari.

Ujarnya, dua buah jentera Fire Rescue Tender (FRT) bersama Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dengan 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Sungai Besi dan BPP Bandar Tun Razak digerakkan ke lokasi kejadian.

“Menurut Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Mohd. Fakhrudy Syakirin Mamat, kemalangan jalan raya tersebut melibatkan dua buah kenderaan iaitu kereta Perodua Myvi dan sebuah lori.

“Terdapat seorang mangsa lelaki dewasa tersepit di bahagian pemandu kereta jenis Perodua Myvi. Mangsa mengalami patah tangan kiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, mangsa berjaya dibawa keluar pada pukul 1.11 petang sebelum dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Cheras untuk rawatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI