fbpx

AS kerah kapal selam nuklear ke Asia Barat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah kapal selam berkuasa nuklear milik Tentera Laut AS belayar ke arah Pelabuhan Canaveral di negeri Florida pada 8 Mac lalu. – Getty Images

WASHINGTON – Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) mengerahkan kapal selam berkuasa nuklear yang mampu membawa sehingga 154 peluru berpandu Tomahawk di rantau Asia Barat kelmarin, dalam apa yang disifatkan sebagai menunjukkan kekuatan terhadap Iran berikutan ketegangan baru-baru ini, lapor laman berita VOA News.

Jurucakap unit Fifth Fleet yang berpangkalan di Bahrain, Komander Timothy Hawkins berkata, lokasi sebenar penghantaran kapal selam itu bagaimanapun tidak dapat didedahkan.

“Kapal selam itu mampu membawa sehingga 154 peluru berpandu kruz serangan darat Tomahawk dan dikerahkan kepada unit Fifth Fleet Tentera Laut AS bagi memastikan keselamatan dan kestabilan maritim serantau,” katanya.

Peluru berpandu kruz Tomahawk yang dilancarkan dari kapal perang atau kapal selam boleh mencapai sasaran sejauh sehingga 2,500 kilometer.

Sementara itu, Hawkins turut enggan mendedahkan misi atau penyebab kapal selam itu dikerahkan.

Menurut beliau, aset tersebut yang berpangkalan di Kings Bay, negeri Georgia, telah melalui Terusan Suez di Mesir, Jumaat lalu.

Unit Fifth Fleet beroperasi di Teluk Parsi, Laut Merah, Laut Arab, Selat Hormuz dan sebahagian Lautan Hindi.  

AS, Britain dan Israel telah menuduh Iran menyasarkan kapal-kapal minyak dan komersial dalam beberapa tahun kebelakangan ini dalam tuduhan yang dinafikan oleh Teheran.

Tentera Laut AS selain itu turut melaporkan beberapa siri ketegangan yang berlaku di laut dengan tentera Iran didakwa bertindak secara agresif dan melulu.

Ketegangan antara kedua-dua seteru ketat itu diperkuatkan pada bulan lepas apabila AS melancarkan beberapa serangan peluru berpandu ke atas tentera yang disokong oleh Iran di Syria. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI