fbpx

Lori beras rempuh pejalan kaki, 10 maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk bandar Migori berpusu-pusu ke tempat kejadian semalam. - Caleb Kingwara, The Standard

NAIROBI – Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh manakala 10 yang lain cedera selepas sebuah lori merempuh pejalan kaki dan teksi motosikal, dekat sempadan Kenya dan Tanzania, lapor laman berita Wion News.

Seorang komander polis tempatan, Migori Mark Wanjala berkata, nahas di bandar Migori itu berlaku di sebuah lebuh raya utama selepas pemandu lori hilang kawalan akibat kegagalan brek untuk berfungsi.

Operasi untuk membebaskan orang ramai yang terperangkap di bawah lori dijalankan dan terdapat kebimbangan bahawa kadar kematian akan meningkat, jelas Wanjala.

Sementara itu, dua lagi mangsa dilaporkan terpelanting ke seberang jambatan dan ke dalam sungai.

Saksi memberitahu media tempatan bahawa pemandu lori itu cuba membunyikan hon beberapa kali sebelum nahas berlaku. 

Ketika kejadian, kenderaan berat itu membawa berguni-guni beras dan menuju ke sempadan Isebania ke negara Tanzania.

Dalam pada itu, video orang ramai merompak beras daripada lori itu serta rakaman sebilangan mangsa terperangkap di bawah kenderaan tersebut tular di media sosial. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI