fbpx

KSM nafi sokong SPDRM, bincang dengan pihak tertentu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Sumber Manusia (KSM) menafikan ada memberi sokongan untuk Sistem Pengambilan Pekerja Asing dan Pengurusan Sumber Manusia (SPDRM).

Menerusi kenyataan di sini, hari ini, KSM menegaskan bahawa tiada sebarang sesi perbincangan yang pernah dilaksanakan oleh kementerian itu dengan mana-mana pihak.

“Justeru, laporan disiarkan media tertentu yang mendakwa konon KSM telah memberikan sokongan penuh kepada program SPDRM itu adalah tidak benar sama sekali,” jelasnya.

Semalam, sebuah akhbar tempatan menyatakan bahawa majikan boleh mendapatkan warga asing bekerja dalam pelbagai sektor dengan kos RM1,000 tanpa ada lagi risiko ditipu.

Ia susulan pelaksanaan SPDRM yang dibangunkan dengan urusan pengambilan pekerja luar boleh dibuat tanpa ‘orang tengah’ malah segala proses dilakukan secara atas talian.

Mengulas lanjut, KSM berkata, pihaknya belum pernah lagi memuktamadkan peraturan untuk pengambilan buruh luar termasuk penetapan syarat di negara ini dan negara sumber.

“KSM berharap penjelasan ini akan menjawab sebarang persoalan atau kekeliruan dalam kalangan majikan, industri atau perwakilan diplomatik mengenai isu SPDRM,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI