fbpx

UMW sumbang RM200,000 kepada anak yatim, orang tua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Fuaad (kanan) ketika menyerahkan replika cek kepada penerima pada Majlis Ilmu dan Berbuka Puasa UMW di Petaling Jaya, semalam.

PETALING JAYA – UMW Holdings (UMW) menyalurkan sumbangan zakat berjumlah RM200,000 kepada 10 buah rumah anak yatim dan pusat jagaan orang tua terpilih di sekitar Lembah Klang sempena Ramadan dan persediaan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Sumbangan zakat itu disalurkan kepada Rumah Anak Yatim Shifa, Rumah Jalinan Kasih, Pertubuhan Kebajikan dan Perlindungan Nur Qaseh, An-Najjah Malaysia dan Pusat Jagaan Titian Kaseh.

Turut menerima sumbangan zakat itu ialah Persatuan Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim dan Ibu Tunggal Hajah Kamariah Rumah Kebajikan Baitul Ehsan Al-khairi, Pusat Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas, Pusat Jagaan Husna Arrashid dan Pusat Jagaan Nurul Jannah.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW, Datuk Ahmad Fuaad Kenali berkata, UMW amat bersyukur dan berbesar hati dapat memberikan sumbangan zakat kepada rumah kebajikan yang terpilih dan seterusnya meraikan anak-anak yatim bersama syarikat kali ini.

“Semoga perniagaan kumpulan UMW akan lebih diberkati dan memperolehi lebih banyak kecemerlangan di masa hadapan,” katanya pada Majlis Ilmu dan Berbuka Puasa UMW di sini semalam.

Majlis yang berlangsung di Ibu Pejabat UMW itu dihadiri 200 jemputan termasuk 65 orang anak yatim turut diraikan pada majlis berbuka puasa itu.

Tazkirah Khas Majlis Ilmu UMW juga turut diadakan yang disampaikan oleh Timbalan Mufti Pahang, Datuk Shah Alauddin bertajuk ‘Ramadhan dan Jiwa Rabani’.

Selain itu, Datuk Ahmad Fuaad bersama Pengurusan UMW juga turut menyumbangkan duit raya dan hamper kepada anak yatim yang hadir dalam majlis tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI