fbpx

TMJ nafi kontraktor ‘khas’ bayar gaji pemain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TUNKU ISMAIL menyeru agar pihak SPRM atau firma swasta untuk mengaudit sumber kewangan skuad JDT selepas ada dakwaan kontraktor ‘khas’ bayar gaji pemain Harimau Selatan.

KELAB Johor Darul Ta’zim (JDT) menafikan dakwaan serta khabar angin bahawa ada kontraktor ‘khas’ yang membayar gaji-gaji pemain sepanjang 11 tahun berada dalam arena bola sepak tempatan.

Pendedahan itu dimaklumkan oleh pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi ciapan di laman Twitter rasminya semalam bagi menjawab persoalan yang dilontarkan netizen.

Malah, Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) menyeru agar pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) atau firma swasta untuk mengaudit sumber kewangan skuad Harimau Selatan itu.

“Alhamdulillah, saya memang sudah lama mengalu-alukan soalan seperti ini. Yang pertama saya tidak rasa apa-apa kerana selama 11 tahun dalam industri bola sepak, tiada perkara yang baik pun dikatakan tentang JDT.

“Kami di JDT sudah biasa de­ngan perkara-perkara sebegini. Berkenaan dengan tuduhan yang mengatakan ‘kontraktor yang bayar gaji pemain-pemain’.

“Saya menyeru pihak SPRM atau mana-mama pemilik kelab bola sepak yang berminat, boleh datang sendiri dan periksa atau audit kewangan JDT termasuk sumber-sumber pendapatan dan perbelanjaan,” katanya.

Mengulas lanjut, TMJ mengesahkan sumber kewangan JDT diterima daripada penajaan serta duit peribadinya dan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

“Duit JDT datang daripada sponsor (penaja), serta duit saya dan DYMM Sultan Johor sendiri. Ini bukan duit dari Menteri Besar atau duit kerajaan. Bagaimana pula dengan kelab anda?” kata­nya.

Sejak diberikan ‘nafas baharu’ pada 2013, JDT menjadi kelab terbaik dalam sejarah bola sepak tempatan apabila mengecapi pelbagai kejuaraan domestik termasuk menjulang trofi Liga Super sembilan kali berturut-turut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI