fbpx

JDT ‘bedil’ kelab Sepanyol, Real Murcia 3-0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barisan pemain JDT meraikan gol yang dijaringkan Arif Aiman sebentar tadi. - Foto ihsan Johor Southern Tigers

SKUAD Johor Darul Ta’zim (JDT) memulakan siri jelajah pramusim di Eropah dengan langkah kanan selepas menewaskan kelab Sepanyol, Real Murcia 3-0 di Murcia,  sebentar tadi.

Pada perlawanan di Stadium Nueva Condomina itu, skuad Harimau Selatan kendalian Hector Bidoglio membariskan pemain terbaik dengan tonggak seperti Arif Aiman Hanapi, Jordi Amat dan Heberty Fernandes dalam kesebelasan utama.

JDT mempamerkan corak serangan pantas pada awal perlawanan apabila berjaya mendahului 2-0 pada 15 minit pertama hasil jaringan Jalil Elias pada minit ke tiga dan Arif Aiman (m-14).

Bersambung pada babak kedua, juara ‘double quadruple’ itu menambah satu lagi gol menerusi ledakan pemain import baharu, Francisco Geraldes pada minit ke-72 dengan keputusan kekal sehingga tamat perlawanan.

Ini adalah aksi pemanas badan ketiga buat JDT selepas menentang kelab Singapura, Lion City Sailors dua kali pada awal bulan ini.

Difahamkan, JDT akan berkampung di Sepanyol sehingga penghujung bulan depan dengan menentang beberapa kelab tempatan nanti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI