fbpx

MotoGP: Bezzecchi belum sedia rebut gelaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEZZECCHI ketika ini mendahului carta pelumba selepas berjaya menakluk perlumbaan GP Argentina minggu lalu. – AFP

MILAN – Pelumba pasukan Mooney VR46 Ducati, Marco Bezzecchi mengakui masih terlalu awal untuk membayangkan gelaran dunia meskipun mendahului carta pelumba terbaik MotoGP musim ini dengan mengutip 50 mata selepas mengharungi dua perlumbaan.

Sebagai rekod, Bezzecchi telah mencipta sejarah peribadi apabila muncul juara perlumbaan Grand Prix (GP) buat kali pertama dalam kariernya selepas mudah mendominasi saingan di Litar Termas de Rio Hondo minggu lalu.

Keputusan tersebut menyaksikan pelumba kelahiran Itali itu dapat mengatasi rakan senegaranya yang juga juara dunia musim lalu, Francesco Bagnaia dengan perbezaan sembilan mata.

Namun, Bezzecchi enggan mendabik dada sebaliknya lebih berminat untuk fokus pada satu perlumbaan ke satu perlumbaan sebelum memikirkan tentang potensi mencabar kejuaraan dunia musim ini.

“Saya tidak setuju jika ada yang katakan saya sudah merancang untuk mencabar perebutan kejuaraan dunia musim ini kerana saingan baru sahaja melepasi dua perlumbaan dan terlalu awal untuk diramalkan.

“Buat masa ini saya lebih berminat untuk beri tumpuan pada satu perlumbaan ke satu perlumbaan dan aksi seterusnya adalah pada GP Amerika Syarikat di Litar Austin yang sebelum ini menjadi kubu kuat kepada Marc Marquez.

“Cuma, apa yang saya boleh katakan, saya semakin selesa dengan jentera yang dibekalkan oleh pasukan dan kita tahu Ducati membekalkan enjin terbaik sejak musim lepas.

“Justeru, bukanlah sesuatu yang mengejutkan apabila saya dapat mendahului carta semasa gelaran dunia ketika ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI