fbpx

Lelaki dirawat keracunan makan ikan buntal meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kuai Sin (kiri) meninggal dunia selepas 15 hari dirawat di ICU HEBHK, Johor Bahru akibat keracunan memakan ikan buntal.

JOHOR BAHRU – Selepas 15 hari dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom (HEBHK), di sini akibat keracunan memakan ikan buntal, lelaki warga emas akhirnya meninggal dunia hari ini.

Eng Kuai Sin@ Ng Chuan Sing, 84, menghembus nafas terakhir pada pukul 6.10 pagi selepas bertarung nyawa dan koma setelah dilaporkan memakan ikan buntal sejak 25 Mac lalu.

Perkara itu disahkan anaknya, Ng Ai Lee, 51, ketika dihubungi di sini hari ini.

Difahamkan Ai Lee akan mengadakan sidang akhbar petang ini bagi memaklumkan perkara berkenaan.

Terdahulu, isteri mangsa, Lim Siew Guan, 83, maut selepas beberapa jam mereka menikmati ikan buntal goreng pada 25 Mac lalu.

Menurut Ai Lee, kedua-dua ibu bapa mereka yang menetap di Kampung Chamek, Paloh, Kluang membeli stok ikan buntal itu daripada a seorang peniaga.

Katanya, mangsa membeli ikan itu menerusi dalam talian sebelum dihantar penjaja terbabit ke rumah mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI