fbpx

[VIDEO] Baling mercun ke rumah penduduk, serang pengguna jalan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar yang dimuat naik pengguna tersebut di akaun TikToknya.

PETALING JAYA – Perbuatan sekumpulan remaja yang membaling mercun ke dalam rumah penduduk sehingga mengakibatkan kecederaan tular di media sosial sejak semalam.

Menerusi beberapa video yang dimuat naik oleh @user069912170712 di akaun TikTok, kejadian tersebut berlaku di Kampung Changkat Kiri, Gombak.

Kelihatan di dalam video tersebut, remaja-remaja berkenaan juga membaling mercun kepada penunggang motosikal dan pemandu kereta di kawasan itu.

Lebih teruk lagi, ada yang tercedera akibat dibaling mercun dan batu sehingga memerlukan tiga jahitan di kepala.

“Hari pertama puasa mereka mulakan bertubi-tubi baling mercun bola dan lekatkan dengan batu bila serang ke rumah kami. Pihak kami tidak pernah seorang pun yang mulakan.

“Kalau nampak dalam video ini, mereka (remaja berkenaan) akan bersorak setiap kali mercun kena orang. Ada masalah mental ke, gembira tengok orang lain terluka?

“Apa yang paling kejam, mereka akan baling batu bila mercun sudah habis. Sudah dua orang kepala bocor sebab batu yang mereka baling kesini. Tidak pasal-pasal dapat tiga jahitan,” tulis pengguna itu.

Tambah pengguna itu, teguran sudah dibuat beberapa kali namun tidak berkesan dan berharap agar pihak berkuasa bertindak dengan segera.

Sehingga kini video tersebut telah mendapat 324,000 tontonan, 11,600 tanda suka dan 287 perkongsian.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai yang marah dengan perbuatan remaja-remaja berkenaan yang tidak bermoral sehingga menyebabkan kecederaan kepada orang lain.

“Budak-budak sekarang memang biadab ke? Tidak hormat orang tua. Mana ibu bapa mereka, takkan tidak pantau anak-anak mereka,” komen NurNadhilah.

“Mereka ini kurang kasih sayang ibu bapa ke? Harap kena tangkap cepat dengan pihak polis, sebelum jadi lebih teruk,” komen Fitri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI