fbpx

Kempen Joviankan Rayamu tawar 40,000 helai koleksi baju raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Koleksi baju raya Jovian sesuai untuk dipakai seisi keluarga pada harga menarik.

PETALING JAYA – Jovian Apparel Sdn. Bhd. menyediakan lebih 40,000 helai pakaian koleksi raya melalui kempen tradisinya yang telah beroperasi di pasaran sejak 16 tahun lalu iaitu Joviankan Rayamu.

Terdapat beberapa rangkaian fesyen di bawah jenama popular itu yang terdiri daripada  Jovian Pop Raya, Selendang Daiyan by Jovian, Dainty Flowers, Nona Malaya (kerjasama dengan Aeon), Jovian Men, aksesori Bulan Bintang (kerjasama bersama Wanderlust + Co) dan Jovian Luxe.

Pengasas syarikat, Datuk Jovian Mandagie berkata, kempen tersebut boleh diibaratkan sebagai  tawaran pusat sehenti pelbagai pilihan yang bersesuaian untuk seisi keluarga.

“Kami mahu menjadikan kempen Joviankan Rayamu sebagai platform beli-belah terbaik untuk keluarga tidak kira belian di stor fizikal mahupun atas talian.

“Menerusi kempen ini, segala keperluan seperti baju raya golongan lelaki dewasa dan kanak-kanak, kelompok wanita dewasa dan kecil tersedia untuk kemudahan bersama,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Bermula daripada harga semurah RM15 untuk aksesori dan daripada harga serendah RM249 sehingga RM999, orang ramai boleh membuat pilihan untuk membeli pelbagai koleksi raya seperti baju, tudung dan selendang.

“Kami juga tawarkan belian rangkaian kempen raya ini secara ansuran tiga kali menerusi aplikasi Shopback.

“Terdapat juga pembelian kombo tiga helai tudung dengan harga RM100,” katanya. -KOSMO!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI