fbpx

Tak hairanlah vokal Hannah Delisha sedap!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HANNAH DELISHA

CANTIK, berbakat dalam lakonan dan punya vokal sedap membuatkan ramai peminat meminta Hannah Delisha merakamkan lagu.

Permintaan itu tercetus berikutan video lagu rayanya yang tular baru-baru ini yang disampaikan secara acapella bersama beberapa penyanyi lelaki.

Sebenarnya bintang asal Singapura yang semakin meletup dengan drama Andai Itu Takdirnya pernah muncul sebagai penyanyi duo selain turut menpunyai tiga lagu sendiri.

Selepas bersama duo dinamakan Mia Delisha, pada 2015 Hannah cuba melangkah solo mempertaruhkan lagu Anugerah ciptaan Akir dan Frozen Hyper Act.

Selepas itu, dua lagu lagi dendangan dilancarkan yang diberi judul Esok Masih Ada dan Tak Perlu Kata Apa-Apa. Cuma tak tahu pula kenapa dia tidak aktif menyanyi lagi.

Patutlah sebelum ini ramai melopong ketika identitinya dalam rancangan realiti, The Masked Singer didedahkan. Memang sedap vokalnya.

Jadi pada sesiapa yang teringin dengar suara artis kesayangan mereka ini, sila cari seleksi yang pernah dirakamkannya.

Mizz Lahar: Cakra Khan pun pernah sertai uji bakat America Got’s Talent, ada ke penyanyi tempatan yang mahu sahut cabaran sama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI