fbpx

Sibu tawar kadar bilik termurah di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sibu memiliki keunikannya tersendiri menawarkan pengalaman percutian yang berharga buat pelancong. -Gambar hiasan

PETALING JAYA – Agoda mendedahkan bahawa destinasi pelancongan termurah di adalah di Sibu, Sarawak dengan menawarkan kadar penginapan yang paling kompetitif pada bulan ini iaitu hanya RM136 semalam.

Lima destinasi lain yang tersenarai pada kedudukan lima teratas di Malaysia adalah Alor Setar, Kuala Terengganu, Kota Bharu dan Taiping.

Destinasi lain dengan kadar purata penginapan termurah di seluruh rantau Asia Pasifik adalah  Khon Kaen di Thailand, Surakarta di Indonesia, Puri di India, Bacolod di Filipina, Ninh Binh di Vietnam, Chiba di Jepun, Gwangju di Korea Selatan, Kepulauan Kinmen di Taiwan dan Brisbane di Australia.

Pengarah Dalaman Perkhidmatan Rakan Kongsi Agoda bagi Malaysia dan Brunei, Cleland Robertson berkata, Sibu adalah sebuah destinasi tarikan yang jarang mendapat perhatian ramai tetapi ia mempunyai pelbagai tarikan seperti aneka makanan yang enak, warisan sejarah dan budaya yang kaya serta keindahan alam semula jadi yang menakjubkan.

“Kunjungilah Kuil Tua Pek Kong untuk mengetahui lebih dekat amalan tradisi penduduk setempat dan nikmati keindahan ibarat ‘syurga’ bagi pencinta alam di pelbagai taman, rizab alam semula jadi dan denai pejalan kaki seperti Rizab Alam Semula Jadi Bukit Lima, Taman Tasik Sibu dan Jejak Warisan Sungai Merah,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Sibu juga terkenal dengan pelbagai juadah makanannya iaitu daripada kopitiam tempatan sehingga ke Pasar Malam Sibu. 

“Untuk pengalaman yang tulen, cubalah Mee Sua yang popular di Sarawak (mee halus dalam sup herba), Mi Kampua atau kompia popular (pastri pipih dengan inti daging),” terangnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI