fbpx

Maqis rampas 30,000 benih ikan kerapu dari Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Maqis merampas 60 kotak mengandungi 30,000 benih ikan kerapu yang diimport dari Indonesia di LTAL, Langkawi pada 1 April lalu.

LANGKAWI – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) menggagalkan cubaan membawa masuk 30,000 benih ikan kerapu dari Indonesia di Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL) di sini pada 1 April lalu.

Ketua Pintu Masuk Maqis Langkawi, Haslina Md. Shariff memberitahu, hasil pemeriksaan rutin yang dilakukan pegawai jabatan itu mendapati terdapat 60 kotak mengandungi 30,000 benih ikan kerapu bernilai kira-kira RM25,000.

“Benih ikan kerapu tersebut disyaki tidak mempunyai sebarang permit atau perakuan import yang sah dan kesemua dagangan tersebut ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, kegagalan untuk mengemukakan permit atau perakuan import adalah kesalahan di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI