fbpx

KPDN optimis ramai pengilang sertai Payung Rahmah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salahuddin (kanan)melihat produk santan jenama Rasaku dari Syarikat Linaco yang menyertai Payung Rahmah hari ini. FOTO: SADDAM YUSOFF

SHAH ALAM – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) optimis lebih banyak pengilang akan menyertai kempen Payung Rahmah dalam membantu perniagaan terlibat Menu Rahmah serta mengimbangi kos sara hidup di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, setakat ini sebanyak dua pengilang terkenal telah turut serta iaitu Julie’s dan syarikat Linaco menerusi produk Rasaku.

Katanya, kehadiran pengilang dalam kempen akan menjadikan Menu Rahmah lebih stabil yang sudah tentunya memberikan keselesaan kepada peniaga-peniaga kecil untuk terus mengekalkan jualan rahmah.

“Saya lihat satu pergerakan positif sebelum ini daripada peruncit, vendor biasa, penyedia makanan, gerai dan restoran dan kini naik kepada peringkat pengilang secara sukarela.

“(Situasi) ini akan mengajak lebih ramai pengilang dalam menawarkan jualan rahmah selain kita buatkan lebih banyak libat urus dengan pengilang lain,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan program Payung Rahmah bersama Rasaku, hari ini.

Sebanyak 17 barangan asas dalam penyediaan makanan telah diberikan potongan antara 15 hingga 30 peratus bagi produk Rasaku seperti santan, kerisik dan kicap.

Salahuddin memberitahu, penawaran harga Rahmah dari syarikat Linaco itu secara langsung membantu suri rumah menyediakan hidangan menjelang Hari Raya Aidilfitri ini.

Tambah beliau, tawaran harga dalam Menu Rahmah ini adalah berbeza bermula tiga hingga 30 peratus.

Dalam perkembangan berlainan, Salahuddin menegaskan tiada isu berkenaan penggunaan nama Menu Rahmah bagi makanan tidak halal untuk komuniti bukan Islam di negara ini.

“Saya telah jelaskan bahawa industri Non Halal juga boleh menggunakan Menu Rahmah. Itu bukan isu,” jelasnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI