fbpx

Dewan Negara: Keupayaan LCS tidak terjejas meskipun lewat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad ketika bercakap pada sesi jawab lisan di Dewan Negara, hari ini.

KUALA LUMPUR – Pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) yang mengalami kelewatan dijamin tidak menjejaskan keupayaannya berikutan enjin dan peralatan lain yang telah dibeli lebih awal.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, meskipun perolehan enjin telah dibuat awal, namun ia masih menepati standard pertahanan yang ditetapkan.

Menurutnya, LCS yang dibina menggunakan enjin diesel daripada MTU Services dari Jerman itu sentiasa diuji dan dalam keadaan yang baik.

“Enjin tiada masalah, kita guna yang sama, begitu juga kotak gear, dan ‘propeller’ (baling-baling). Enjin ini dia tidak akan ‘outdated’ (ketinggalan).

“Yang perlu diubah, dia punya reka bentuk, ‘combatant ability’ (keupayaan tempur) dan CMS (communication management system) kerana kita banyak pakai (suis) yang perlu ditambah baik.

“Kita juga sudah menukar jenis peluru berpandu yang kita mahu pakai yang mana kita ambil dari Norway,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Senator Datuk Dr. Ahmad Azam Hamzah mengenai kelewaan pembinaan LCS menjejaskan keupayaan kapal berkenaan pada sesi jawab lisan di Dewan Negara, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, terdapat perkara yang perlu diselesaikan terlebih dahulu dalam isu LCS iaitu menghapuskan orang tengah supaya pembinaan kapal-kapal tersebut berjalan lancar.

“Ada syarikat yang kita nak lupuskan daripada menjadi orang tengah dan persetujuan ini telah kita capai. Cuma ada kaveat yang mahu mereka ini dikecualikan daripada apa jua tindakan.

“Jadi, Kementerian Pertahanan tidak berkompromi dalam hal itu dan terpulang kepada agensi penyiasat kerana itu bukan dalam bidang kuasa kementerian,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI