fbpx

Pas Selangor kutuk serangan tentera zionis ke atas Masjid Al-Aqsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar keadaan di dalam sebuah masjid yang di serang oleh Tentera Israel sewaktu umat Islam sedang beribadah semalam. Ihsan Telegram Nadir Al Nuri.

PETALING JAYA – Badan Perhubungan Pas Negeri Selangor mengecam sekeras-kerasnya serangan berterusan Tentera Israel terhadap rakyat Palestin di Masjid Al-Aqsa malam semalam ketika umat Islam sedang beribadah.

Ketua Penerangan Pas Selangor, Nushi Mahfodz berkata, sebelum ini, Tentera Israel telah berbalas serangan dengan rakyat Palestin di Bandar Huwara yang terletak di Tebing Barat.

“Tindakan Tentera Israel itu merupakan satu tindakan biadab, keji dan tidak berperikemanusiaan terhadap umat Islam di Palestin yang sedang menjalani ibadah di bulan Ramadan.

“Perbuatan biadap, keji dan tidak berperikemanusiaan itu amat dikesali dan tidak sepatutnya berlaku lebih-lebih lagi ketika umat Islam sedang berpuasa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Nunshi

Mengulas lanjut Nushi berkata, Pas Selangor mengajak semua wakil agama di negara ini mengecam serangan yang tidak berperikemanusiaan itu yang telah mencemarkan kesucian masjid ketiga yang mulia dalam Islam atas dasar keadilan dan kemanusiaan sejagat.

“Pas Selangor konsisten dalam mempertahankan aqidah Islam dan umatnya serta bertegas menolak kewujudan Israel sebagai sebuah negara berdaulat di rantau Asia Barat,”ujarnya.

Terdahulu media melaporkan Tentera Israel kembali menyerang jemaah Masjid Al-Aqsa ketika umat Islam sedang beribadah semalam.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di Telegram Nadir Al Nuri, pihak berkuasa Zionis dikatakan menyerbu pekarangan Masjid Al-Aqsa dan menyerang jemaah di dalam ruang solat Masjid al-Qibli.

Berdasarkan video tersebut, kelihatan keadaan di dalam ruang solat masjid dipenuhi dengan kepulan asap serta bunyi tembakan selain beberapa barangan dirosakkan.

Para jemaah yang terdiri dari rakyat Palestin juga dilihat dipukul dengan kejam tanpa sebarang sebab oleh rejim penjajah Israel. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI