fbpx

Kerajaan negeri perlu percepat proses berkaitan pelaburan China – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merayu empat kerajaan negeri yang terlibat secara langsung dengan pelaburan besar dari China untuk mempercepatkan proses pelaksanaan segera.

Katanya, empat negeri itu ialah dua di Pahang dan Tanjung Malim, Perak melibatkan pelaburan dari syarikat syarikat Zhejiang Geely Holding Group (Geely), manakala Rongsheng Petrochemical Co di Pengerang, Johor dan Terengganu.

Pada masa sama, Anwar berkata, beliau akan mempengerusikan mesyuarat khas untuk memastikan tindakan susulan selepas persetujuan pelaburan syarikat gergasi itu dapat disegerakan dan lebih berkesan.

“Apabila ia melibatkan kerajaan negeri, saya rasa perlu jika keadaan mendesak untuk saya dan rakan-rakan turun berbincang dengan kerajaan negeri terutama kerajaan negeri yang menerima sumbangan pelaburan besar dari China

“Berita baik ialah salah satu projek itu akan dimulakan lebih awal dalam masa singkat, saya jangka selewat-lewatnya Mei ini, ia memberikan satu dorongan kepada pelaburan, selain daripada perjanjian persefahaman, iaitu pelaksanaan disegerakan,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Bangunan Perdana Putra, di sini hari ini.

Menerusi lawatan rasmi Anwar ke China minggu lalu, Malaysia meraih komitmen pelaburan tertinggi dalam sejarah iaitu berjumlah RM170 bilion daripada pelabur China, hasil pemeteraian 19 memorandum persefahaman (MoU) antara syarikat Malaysia dengan China.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, kerjasama majlis-majlis perbandaran di negeri-negeri berkenaan juga harus dipastikan proses dipercepatkan supaya ia tidak menjadi masalah kepada syarikat-syarikat tersebut.

“Bagaimanapun, tindakan segera itu tidak boleh kompromi dalam pematuhan segala peraturan dan semua kajian daripada jabatan harus selesai tanpa mengambil masa yang terlalu panjang.

“Ini kerana dalam keadaan sekarang kita perlu memacu pelaburan lebih rancak,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI