fbpx

Campaklah saya di mana pun – Bob Yusof

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BOB YUSOF

NAMA Bob Yusof tidak perlu diperkenalkan dalam arena seni muzik tanah air, dia mampu berdiri ampuh sebagai penyanyi disegani ramai tanpa bermusim.

Tidak perlu gimik setiap kali beraksi, vokal emas bersama santunan lenggok tubuhnya menyerlahkan keunikan untuk terus meletakkannya dalam kelas tersendiri.

Bob atau nama sebenarnya, Yusrizan Usop, 41, turut dianggap penyanyi papan atas apabila kerap diundang beraksi di pentas gah atau majlis ekslusif.

Pujian melangit tidak menjadikan Bob bermegah diri sebaliknya pembakar semangat untuk bertahan memberikan yang terbaik.

Dia juga akan sentiasa beringat supaya jangan mudah lupa diri selain tidak memilih-milih undangan.

HAMPIR dua dekad sebagai penghibur, Bob boleh dianggap sebagai penyanyi papan atas yang mempunyai keunikan tersendiri.

“Apabila orang memberikan pujian, apatah lagi mereka yang lebih senior dalam industri tentu saja saya berbesar hati kerana ini juga penyuntik semangat.

“Bagi saya, paling utama saya tidak meletakkan kedudukan pada tahap tertentu kerana setiap pentas tidak kira kecil atau besar punya aura berbeza.

“Sama ada besar atau kecil membawa pengalaman berlainan buat setiap penyanyi. Campaklah saya di mana, saya tetap menyanyi dan menghiburkan,” katanya.

Ditemui usai pengumuman Konsert Raya Sepanjang Zaman di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), baru-baru, Bob berbesar berkongsi dapat berkongsi pentas dengan Datuk Hail Amir dan, Sanisah Huri dan Ziana Zain.

Katanya, selain teruja dia juga berdebar menghitung hari memandangkan seleksi lagu yang akan dipersembahkan nanti adalah koleksi lagu hari raya Biduanita Negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini.

Menerusi persembahan pada 6 Mei depan, anak seni kelahiran Limbang, Sarawak itu akan tampil mendendangkan lagu-lagu ikonik Datuk Sharifah Aini.

BOB teruja dapat beraksi bersama barisan penyanyi idola seperti Hail Amir diiringi pemuzik orkestra profesional sempena Konsert Raya Sepanjang Zaman di DFP pada Mei nanti.

“Apabila dimaklumkan antara seleksi yang bakal saya bawa nanti merupakan lagu raya himpunan daripada Sharifah Aini, rasa teruja dan berdebar.

“Ini tanggungjawab besar kerana lagu hari raya dendangan biduanita itu cukup sinonim dengan suasana Syawal sejak zaman berzaman.

“Amanah ini perlu saya buat sehabis baik, tambahan pula mendapat peluang sepanggung dengan penghibur berpengalaman.

“Beraksi dengan nama besar seperti Datuk Hail Amir, Sanisah Huri dan Ziana Zain bersama orkestra di DFP merupakan perkara yang saya nantikan,” ulasnya lagi.

Pengalaman hampir dua dekad dalam industri terutama kedekatan dengan lagu genre Melayu asli juga menjadikan Bob sebagai rujukan teman seperjuangan seperti Dayang Nurfaizah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI