fbpx

Wanita hamil maut ditikam 40 kali oleh teman lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis dan pasukan forensik berada di tempat kejadian pada Disember lalu. - Tom Bowles

LONDON – Seorang lelaki di Britain mengaku bersalah menikam teman wanitanya yang sedang hamil dengan menggunakan sebilah gunting sehingga mati, lapor akhbar Mirror UK.

Ailish Walsh, 28, hamil 22 minggu ketika dia ditikam sebanyak 40 kali oleh Liam Taylor. Dia disahkan meninggal dunia selepas ditemui polis di pangsapurinya di London Timur pada 15 Disember 2022.

“Ailish adalah seorang wanita muda yang cantik dan menakjubkan, berusia 28 tahun, memiliki empat anak kecil dan bayi dalam kandungan,” kata rakan Walsh, Teresa Cannon.

Pada perbicaraan awal, pendakwa raya, Jane Osborne berkata: “Serangan itu amat kejam dan dilakukan ketika Ailish diketahui mengandungkan anak defendan (Liam).”

Bapa Ailish dilaporkan menemui mangsa dalam keadaan berlumuran darah dan tidak sedarkan diri ketika kejadian.

Mayatnya pula ditutup dengan jaket manakala kad bank defendan turut berada di dalam poketnya. Sebilah gunting berlumuran darah turut ditemui di lokasi pembunuhan termasuk dua dumbel.

Kamera televisyen litar tertutup (CCTV) turut merakam Liam masuk melalui pintu ke bangunan itu.  Dia kemudian ditahan keesokan harinya.

Pada Isnin lalu, Liam mengaku bersalah atas pembunuhan Ailish semasa perbicaraan di Old Bailey. Penetapan hukuman terhadap lelaki itu akan berlangsung pada 10 Mei depan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI