fbpx

Selangor perlu lebih banyak sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin menandatangani papan tanda OSC PTGS sebagai gimis perasmiannya, hari ini.

SHAH ALAM – Selangor memerlukan lebih banyak sekolah dalam menampung keperluan dan pertambahan penduduk di negeri ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, antara kawasan mendesak adalah di Kota Kemuning, Klang, Ukay Perdana, Bukit Antarabangsa dan Hulu Langat yang memerlukan pembinaan sekolah baharu.

Malah katanya, kerajaan negeri telah menyediakan beberapa tapak untuk pihak Kementerian Pendidikan (KPM) bagi tujuan pembinaan sekolah sejak beberapa tahun lalu.

“Kita telah memperuntukkan lima buah tapak di Shah Alam contohnya bagi membina sekolah baharu.

“Namun, tidak ada satu sekolah pun yang dibina di tapak berkenaan sehingga menyebabkan penduduk di Shah Alam terpaksa menghantar anak mereka ke sekolah di luar Shah Alam kerana sekolah yang berdekatan rumah mereka sudah pun penuh” katanya.

Terdahulu beliau merasmikan Pusat Setempat (OSC) Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor (PTGS) dan Hari Tanpa Tunai bagi Pentadbiran Tanah Negeri Selangor di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Amirudin menjelaskan pihaknya sedia maklum bahawa KPM kini sedang fokus untuk memperbaiki banyak sekolah daif sebagai urusan utama mereka dalam Belanjawan 2023.

“Bagaimanapun, saya sebelum ini telah berjumpa dengan pihak KPM memaklumkan bahawa Selangor perlu lebih banyak sekolah,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI