fbpx

Pharmaniaga jamin isu pembayaran selesai akhir bulan ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Pharmaniaga Berhad (Pharmaniaga) memberi jaminan kepada semua vendor dan pembekalnya bahawa pihaknya dapat menyelesaikan kelewatan pembayaran menjelang akhir bulan ini.

Pharmaniaga dalam satu kenyataan berkata, satu perbincangan juga sudah diadakan bagi menangani kebimbangan yang dibangkitkan oleh Persatuan Farmaseutikal Malaysia (PhAMA) berhubung status Nota Amalan 17 dan isu berkaitan kelewatan pembayaran itu.

Menurut kenyataan itu, kebanyakan komitmennya terhadap pembekal sudah dijelaskan dan pihaknya akan memastikan akses pesakit kepada ubat-ubatan kekal tidak terganggu.

“Aktiviti perniagaan Pharmaniaga dalam penyelidikan dan pembangunan, pembuatan, logistik dan pengedaran, jualan dan pemasaran serta operasi Indonesia berjalan seperti biasa dan tidak terjejas oleh keadaan semasa.

“Beberapa pelan tindakan telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak termasuk penglibatan yang lebih proaktif dalam menangani isu operasi berkaitan bekalan ubat-ubatan dan bukan ubat kepada kemudahan penjagaan kesihatan Kerajaan dan swasta,” katanya di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu katanya, kedua-dua pihak juga akan berusaha ke arah mewujudkan ekosistem yang lebih konsisten.

Terdahulu, media sbelum ini melaporkan bahawa Pharmaniaga mencatat kerugian bersih sebanyak RM607.32 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 berbanding keuntungan bersih RM172.15 juta pada tahun sebelumnya dengan peruntukan RM552 juta bagi “pergerakan stok vaksin Covis-19 yang perlahan” sehingga mendorong syarikat itu di bawah kategori PN17. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI